CLICK TO DOWNLOAD UNLIMITED MOVIES


Wednesday, January 19, 2011

KHURAFAT kutip 2.5 juta dalam masa 4 hari

Setelah empat hari ditayangkan dipawagam, filem KHURAFAT telah mengutip sebanyak 2.5 juta dari hari pertama tayangan sehingga semalam (Ahad). Ini boleh dikatakan satu kutipan yang banyak dalam tempoh yang singkat. Dengar cerita dari hari pertama tayangan pawagam semua "Full House".

Tupai sempat menelefon pengarah dan pelakon filem KHURAFAT ini iaitu Syamsul Yusof untuk bertanyakan komen beliau tentang kejayaan filem ini.

"Saya berasa bersyukur kerana filem pertama seram saya mendapat sambutan yang sangat luar biasa bagi saya. Pada hari pertama filem ini di tayangkan di pawagam saya rasa terlalu takut tidak mendapat sambutan tetapi saya percaya filem ini mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri dan ia terbukti dengan mencapai kutipan 2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

"Saya juga ada turun padang untuk melihat sendiri sambutan terhadap filem KHURAFAT. Selama empat hari berturut-turut saya pergi dan membuat kejutan kepada penonton di pawagam sekitar Kuala Lumpur antaranya Mid Valley dan KLCC. Apa yang mengejutkan saya, bukan sahaja kaum Melayu tapi kaum Cina dan India juga turut menonton filem ini.

"Lagi mengejutkan saya ialah ada sesorang gadis cina menonton filem ini sampai menangis. Saya memang terkejut dan tak sangka sampai macam tu sekali", Katanya mengakhiri perbualan telefon bersama Tupai.

Syamsul yang sekarang tengah sibuk dengan penggambaran filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" yang baru memulakan penggambaran pada hari ini.

Siapa yang belum lagi menonton filem KHURAFAT, Tupai sarankan cepat pengi tengok memang tidak rugi dan filem ini memang best.

No comments:

Post a Comment