CLICK TO DOWNLOAD UNLIMITED MOVIES


Thursday, January 20, 2011

Gambar Nasha Aziz di Green Cheongsam The Weld

Pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz menjadi antara 33 selebriti wanita yang memperagakan cheongsam hijau serta barangan kemas Mandalay dan Rafflesia di The Weld, bagi mempromosikan barangan berkenaan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 12 hingga 14 Februari depan.

Nasha Aziz memperagakan cheongsam rekaan dari Daniel & Leslie.

Wednesday, January 19, 2011

KHURAFAT kutip 2.5 juta dalam masa 4 hari

Setelah empat hari ditayangkan dipawagam, filem KHURAFAT telah mengutip sebanyak 2.5 juta dari hari pertama tayangan sehingga semalam (Ahad). Ini boleh dikatakan satu kutipan yang banyak dalam tempoh yang singkat. Dengar cerita dari hari pertama tayangan pawagam semua "Full House".

Tupai sempat menelefon pengarah dan pelakon filem KHURAFAT ini iaitu Syamsul Yusof untuk bertanyakan komen beliau tentang kejayaan filem ini.

"Saya berasa bersyukur kerana filem pertama seram saya mendapat sambutan yang sangat luar biasa bagi saya. Pada hari pertama filem ini di tayangkan di pawagam saya rasa terlalu takut tidak mendapat sambutan tetapi saya percaya filem ini mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri dan ia terbukti dengan mencapai kutipan 2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

"Saya juga ada turun padang untuk melihat sendiri sambutan terhadap filem KHURAFAT. Selama empat hari berturut-turut saya pergi dan membuat kejutan kepada penonton di pawagam sekitar Kuala Lumpur antaranya Mid Valley dan KLCC. Apa yang mengejutkan saya, bukan sahaja kaum Melayu tapi kaum Cina dan India juga turut menonton filem ini.

"Lagi mengejutkan saya ialah ada sesorang gadis cina menonton filem ini sampai menangis. Saya memang terkejut dan tak sangka sampai macam tu sekali", Katanya mengakhiri perbualan telefon bersama Tupai.

Syamsul yang sekarang tengah sibuk dengan penggambaran filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" yang baru memulakan penggambaran pada hari ini.

Siapa yang belum lagi menonton filem KHURAFAT, Tupai sarankan cepat pengi tengok memang tidak rugi dan filem ini memang best.

Tuesday, January 18, 2011

Nicole Kidman & Suami Sambut Bayi Perempuan


Walaupun tidak menang di Anugerah berprestij Golden Globe untuk "Best Actress" semalam, Nicole Kidman dan suami Keith Urban mengumumkan berita baik yang lebih besar.

Berita tersebut adalah "Another baby girl" yang bermaksud kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka iaitu bayi perempuan. Kedua pasangan itu dan anak mereka yang berusia dua tahun, Sunday Rose kelihatan sungguh bahagia dan gembira ketika mengumumkan berita tersebut.

Bayi tersebut di beri nama Faith Margaret. Faith lahir menerusi proses ibu tumpangan di Nashville's Centennial Women's Hospital pada 28 Disember. Namun bayi perempuan tersebut merupakan darah daging Nicole Kidman dan Keith Urban.

"Keluarga kami benar-benar diberkati dan berterima kasih kerana di kurniakan bayi Faith Margaret. Tidak ada kata yang sesuai untuk menyampaikan rasa bersyukur terutamanya kepada semua yang begitu menyokong sepanjang proses ini berlangsung".

Kidman juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Tom Cruise iaitu Bella, 18 dan Connor, 15.

Tahniah kepada Nicole Kidman dan Keith Urban.