
Walaupun tidak menang di Anugerah berprestij Golden Globe untuk "Best Actress" semalam, Nicole Kidman dan suami Keith Urban mengumumkan berita baik yang lebih besar.
Berita tersebut adalah "Another baby girl" yang bermaksud kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka iaitu bayi perempuan. Kedua pasangan itu dan anak mereka yang berusia dua tahun, Sunday Rose kelihatan sungguh bahagia dan gembira ketika mengumumkan berita tersebut.
Bayi tersebut di beri nama Faith Margaret. Faith lahir menerusi proses ibu tumpangan di Nashville's Centennial Women's Hospital pada 28 Disember. Namun bayi perempuan tersebut merupakan darah daging Nicole Kidman dan Keith Urban.
"Keluarga kami benar-benar diberkati dan berterima kasih kerana di kurniakan bayi Faith Margaret. Tidak ada kata yang sesuai untuk menyampaikan rasa bersyukur terutamanya kepada semua yang begitu menyokong sepanjang proses ini berlangsung".
Kidman juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Tom Cruise iaitu Bella, 18 dan Connor, 15.
Tahniah kepada Nicole Kidman dan Keith Urban.
No comments:
Post a Comment